<body>
Teristimewa buat Sahabatku
Tuesday, February 2, 2010

(adaptasi dari novel Tautan Hati)

Sahabatku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Sahabatku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah iman lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
'tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita'. Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
Ingatlah sahabatku sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan suatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
'Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik...'
Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga....
-ska-


Profile
the hampagas


DIA/4
♥ 12TH MAY 2008 ♥


KAMI BUDAK DIPLOMA PERKAUNAN SEMESTER 4 08/09

TheHampagas♥ kini mula ber-blog untuk semua DIA meluahkan segala rasa..baik tentang pelajaran, keluarga, cinta dan paling penting, PERSAHABATAN ♥

PLEASE KEEP ON FOLLOW NI BLOG UTK PERKEMBANGAN TERKINI DIA.
MAKE IT ACTIVE AS ACTIVE AS POSSIBLE KAY ~~


SingAlongg
Lagu2 Khas ditujukan utk DIA/4 Loves


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

..AS WE GO ON...WE REMEMBER...

Enjoysss,
DIA4 ♥♥

Tagboard
scream out loud




THANKYOU
by theHAMPAGAS's

Mrs President - AynKACHAK
Mrs Vice President - AtiqahAbdMalik
The Secretary a.k.a Chairman - Hunny.

OurBiggerFamily

Kuis Accountancay Club's blog

Archives
gone with the wind

January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010

Credits
thousand thankyou

editor1= Hazirah
editor2= Azriah
editor3= Aisyah
editor4= Adilla
editor5= Khadijah