<body>
ini kebetulan ke???!?!?!!!
Friday, February 26, 2010

assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat sekalian.
saya semalam menyemak kelendar untuk tengok tarikh2 yang patut saye tengok.
kemudian ada satu benda yang saya terperasan.
iaitu:
Maulidul Rasul(12 rabiul awal): Jumaat
Nuzul Quran(17 ramadhan): Jumaat
Hari raya Puasa(1 Syawal): Jumaat
Hari terakhir(tak tau bile): Jumaat
urm petanda baik ke buruk ek? entah kenapa hati saye terus berdebar. mungkin ini satu kebetulan. tapi semua kebetulan itu kan di tulis oleh Allah sejak azali lagi. tapi itu semua kita tak leh jangka kan. bile mengenangkan dosa aku yang dah bertimbun ni takut plak rasenye.
apa-apapun aku ucapkan kat semua ahli hampagas dan semua follower yang mungkin bukan hampagas,
GUD LUCK FOR YOUR EXAMS
sekian,
DebitTrust CreditDoubt
BalanceFriendship
xoxo,
love,
aynKachak


Makwe atau Ibu?
Monday, February 15, 2010

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan
", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa
. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia
; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan
"

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak
dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya
"

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh
"

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya
"

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya
"

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya
, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan
."

"Kau tahu; kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya
, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya
,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada
."
kepada kaum lelaki, sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu..
dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

ketika anda membaca kata-kata yang saya coretkan, siapa yang anda sedang bayangkan?
Makwe korang? kekasih hati korang? orang yang korang gila-gilakan? orang yang korang sedang admire?

Jika benar, maka kasih sayang anda kepada ibu anda tidak setanding cinta anda kepada orang yang anda baru kenal.

templak lah diri sendiri. adakah berbaloi anda menyayangi wanita yang baru anda kenal lebih daripada anda menyayangi ibu anda yang melahirkan anda?

telefon lah ibu korang, beritahu pada mereka bahwa anda sayang mereka lebih dari segala-galanya.
kerana maut itu di tangan tuhan. boleh jadi kita tidak sempat untuk melafazkan kata sayang kepada ibu kita.

dan mereka pergi dalam keadaan tidak tahu perasaan kita padanya.

xoxo
love
aynKachak


a true friend




La Tahzan
Saturday, February 13, 2010

Every single one must have been facing their own problems in life. We might have been smiling, but who knows what actually lies beneath our smiles?..there might sometimes be a silent sob, and tears flowing down in the ocean of our hearts.. and so do I. Since exams are just a few days ago from now, I would really want to share this with you guys, DIA Loves.

These articles are taken from the book of La Tahzan.
Sharing them with you.
May it benefits us all, in any way.


Yang Lalu Biarlah Berlalu.

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan sesuatu yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan. Kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk di masa lallu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan mata air kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan airmata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya mengalirkan kembali airmata anda?

Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan keresahan. Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuak kembali lembaran masa lalu hanya merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah swt telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat.

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, padalah dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu. “janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya.”

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya keldai: “mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?” keldai itu menjawab: “kerana aku tidak suka kebohongan.”

Bencana dapat menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah using. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan. Oleh kerana, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.


Usirlah Kekosongan Dengan Dengan Kesibukan.

Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup, biasanya akan menjadi bahan gossip dan desas-desus yang tidak bermanfaat itu, kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah.

Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu, ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, akan mudah terhuyung haying ke kanan dan ke kiri.

Bila pada suatu hari anda mendapatkan diri anda mengagggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas. Sebab, dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana; dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang tentu anda alami. Dan itu, membuat akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan. Maka dari itu, saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya: Membiarkan diri dalam kesongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.

Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina: meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan satu titis air setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang akan menjadi stress dan gila.

Mengaggur dapat melalaikan diri, dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri professional, sedangkan akal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.

Kerana itu bangkitlah sekarang juga; kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, mengemaskan bilik tidur, atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu. Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan “pisau” kesibukan. Dengan cara itu, doctor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan, dan para buruh kasar, mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas. Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas tilam yang empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan airmata kesedihan.


Jangan Bersedih. Bacalah Kaedah-Kaedah Menuju Bahagia.

1. Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang ke mana-mana. Seterusnya semua urusan menjadi kacau-bilau serta kecemasan dan kedudukan anda akan menjadi lebih banyak.
2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.
3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikir hingga ia datang dengan sendirinya.
4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
5. Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.
6. Barangsiapa menginginkan ketengangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.
7. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha’ dan qadar.
8. Jangan manunggu ucapan terima kasih dari seseorang.
9. Persiapkan diri untuk menerima kemungkinan terburuk.
10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.
11. Semua ketentuan Allah bagi seorang muslim adalah baik bagiNya.
12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
13. Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.
14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.
15. Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.
16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
17. Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.
18. Jangan hancurkan hidup anda hanya keran perkara-perkara yang remeh.
19. Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.
20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah.
21. Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air, dan bayangan.
22. “dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.” –Adz-Dzariat:22
23. Kebanyakan dari apa yang anda lakukan tidak akan berlaku.
24. Pada orang-orang yang tertimpa musibah itu ada suri teladan.
25. Sesungguhnya jika Allah mencitain suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka.
26. Ulangilah doa-doa menghapuskan bencana.
27. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.
28. Tinggalkanlah semua desas-desus, dan jangan percaya kepada khabar angin.
29. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
30. Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa.

**********************************************************


So people, La Tahzan, for there’s endless smile for you, for Allah is always with us.

Best of luck in OUR FINAL exams for Semester 4, everybodyy..
May Allah reward us with the greatest blessing ever.

Ameen.



yours truthfully
iekalalala♥


random
Thursday, February 11, 2010


dari sem 1 kite bersua,
tapi tak pnah nak mesra,
bile dah sem 4 bru menyesal,
kenapa dari awal tak nak kenal.


mase sem 1 sume buat hal sendiri,
hal orang sebelah langsung tak peduli,
naik sem 4 sume dah rapat,
masing-masing sume melekat.


bile pke2 masa hadapan,
rasa sayang pulak persahabatan,
yang tak bermula dari awal,
dah sem 4 baru nak kenal2.


dulu laki semua malu-malu,
kelas pompan yang kecoh selalu,
sekarang sume dah tunjuk belang,
sekarang pompan plak duduk belakang.


cube korang pke kenangan kita,
walau tak seberape lah, kenangan juge,
agaknye esok lusa masih bersame ke?
ke sume akan lupe?


yang saye pasti korang is the best,
macam cite wild wild west.(ape ntah aku ni?)
kenangan bersama takkan aku lupakan,
didalam hati aku sematkan.(ecewah)


kita dah peluk dan bersalaman.
laki dengan laki, pompan dengan pompan,
jangan ade permusuhan,
jagalah kite punye persahabatan.


kite bersama tak lama,
pejam celik pejam celik dah last year,
kalau bukan sekarang kite bermanje,
bila lagi? esok luse belum tentunye.


salam sayang dari saya,
dari saye untuk semua,
jangan de awek2 yang nak jeles,
kami sume kawan je. SERIUS.


kalau ade jarum yang patah,
jangan simpan di dalam peti,
kalau ade silap dan salah,
jangan simpan dalam hati.

xoxo
love
aynKachak


jawatan yang disandang oleh hampagas dalam kac
Tuesday, February 9, 2010

Pengerusi- HaiqalKuat


Timbalan Pengerusi 2- AfieAdli


Setiusaha 1- NanaLembut


Setiusaha 2-PipahKedah


Bendahari 1- SafwanBuntal


Bendahari 2- TimahIsmail


Ajk-HafizNobita
AynKachak


sifat sebenar perempuan

WANITA

1. Mudah menerima pandangan orang lain, lebih-lebih lagi dengan orang yang dicintai.

2. Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tdak berbelah bahagi.

3. Sering kali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan terutamanya orang yang disayangi.

4. Suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi

5. Mempunyai emosi seperti ombak iaitu perasaan yang lambat reda.

6. Suka berleter tentang sesuatu perkara sehingga puas hati.

7. Bersifat agak kedekut dan berjimat-cermat.

8. Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

9. Fokus kepada sesuatu perkara.

10. Mempunyai kebolehan memahami gerak hati.(naluri wanita katanya..)

11. Cinta sepenuh hati dan setia pada satu.

12. Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej diri menurun.

13. Mendengar dengan teliti sebelum membuat keputusan.

14. Lebih menumpukan kepada aspek-aspek perasaan dan kemanusiaan.

15. Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

16. Biasanya akan mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangan mereka.

17. Suka bercerita tentang pasangan dan menghormatinya.

18. Lebih mudah minta maaf.

19. Cepat risau apabila menghadapi keadaan getir.

20. Lebih suka mengikut keputusan yang dibuat.


CINTA ORANG PEREMPUAN MEMERLUKAN:

Diendahkan Kefahaman Penghormatan Perhatian Pengesahan
Keyakinan Doa Pengutamaan keluarga

p/s:kesemua info ini di salin balik dari majalah Anis Februari 2010. Jangan ada bantahan ek. hahaha.

xoxo
love
aynKachak


SIFAT SEBENAR LELAKI

LELAKI

1. Mempunyai ego tersendiri menyebabkan sukar menerima pandangan dan pertolongan orang lain.

2. Sekiranya mereka mengalah, tidak menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.

3. Menilai kejayaan dan menilai diri berdasarkan hasil dan prestasi yang berlaku di depan mata.

4. Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dalam keadaan tertekan.

5. Mempunyai perasaan dan emosi yang sekejap.

6. Biasanya suka memberi arahan bersifat seperti ketua.

7. Bersikap pemurah dan boros.

8. Mempunyai pemikiran yang bersifat macro iaitu melihat sesuatu secara keseluruhan.

9. Tidak fokus kepada sesuatu perkara.

10. Mempunyai perasaan cinta yang setia dan fleksibel.(ye ke???!?!??!?!)

11. Kurang mendengar dan lebih suka memberi pendapat.

12. Hanya memberi teguran apabila sesuatu itu kelihatan melampau.

13. Lebih menumpu kepada aspek fizikal dan kebendaan.

14. Meminta bantuan kerana malas atau tidak berkemampuan.

15. Melawan, menjauhkan diri atau mendiamkan diri apabila berlaku pertengkaran.

16. Tidak suka bercakap tentang pasangan mereka dan suka meremehkan pasangan mereka.

17. Agak keberatan untuk meminta maaf daripada pasangan. (ni kes ego lah ni)

18. Lebih tenang menghadapi keadaan getir.

19. Lebih suka membuat keputusan.


CINTA DAN KASIH SAYANG LELAKI MEMRLUKAN:

Kepercayaan Penerimaan Penghargaan Sanjungan Persetujuan
Dorongan Doa Kebebasan

p/s: semua info ini pun diambil dari majalah yang same. hahaha

xoxo
love
aynKachak


KAC OFFICIAL BLOG
Sunday, February 7, 2010

to all of the Hampagas,
mungkin saya yang outdated tapi mungkin jugak kan ramai orang tak tau lagi.
that KAC ade official blog sendiri.
rase tak adil lah kan kalau hampagas je yang best tapi blog KAC tak best.
so mari kite ramai-ramai membestkan blog tersebut.
buat masa ni, blog tersebut masih belum banyak post lagi.
tapi insyaallah akan diperbanyakkan.
terima kasih. arigato. syukron. shie shie.


p/s: saya dah link kan blog KAC tu under our bigger family and saye tulis Kuis Accountancy Club's Blog.

xoxo
love
aynKachak


CINTA ibarat seseorang yang menunggu bas...

Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak katakan pada diri awak, "eee…penuhnya…tak ada tempat duduk". Jadi awak katakan pada diri awak, "saya akan tunggu bas yang lain". Awak pun biarkan bas itu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain.

Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak cakap, "eee…bas ni buruk sangatlah…mesti tak selesa…dan mungkin bas ini akan rosak di tengah jalan". Jadi awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk menunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tidak penuh dan tidak seburuk bas yang tadi. Tapi kali ini awak kata, "ermm…tak ada air-cond la pulak…cuaca pun panas…lebih baik saya tunggu bas yang lain". Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak rupa-rupanya sudah terlambat. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu. Walaupun bas itu tidaklah sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa awak telah menaiki bas yang salah.

Jadi, selama ini awak telah pun membazir banyak wang dan masa untuk menunggu apa yang awak mahukan. Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tidak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tidak terlalu sejuk untuk awak.

Jadi, menginginkan apa yang awak idamkan itu tidak salah. Tapi tidak salah juga kalau awak sanggup memberi satu peluang pada orang lainkan? Sekiranya awak dapati bas itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanyalah tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Saya pasti awak tentu ada pengalaman seperti ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas itu adalah bas yang awak nanti-nantikan), awak tahan bas itu, tapi pemandu bas itu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak. Sekiranya ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN. Awak tidak perlu mengejar bas itu sebab setiap kali awak mengejar bas itu, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, BERCINTA itu ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas itu ataupun tidak. Semuanya terletak pada diri awak sendiri. Dan bila awak BERJALAN, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada CINTA…=)


Saturday, February 6, 2010


~kalau memandang bintang di langit, jangan dilupa rumput di bumi...~


menyintai dirinya...

aku pernah menyintai seseorang, aku sedang menyintai seseorang dan aku akan terus menyintai nya sehingga akhir hayat ku...yaaa... wanita itu...
teringat daku satu ketika dahulu, dikala aku bersama nya di sebuah taman permainan... kami erat berpegangan tangan... jari halus nya membuatkan hati ku begitu dingin bagaikan salju... kami duduk di sebuah bangku berhadapan dengan sekumpulan anak kecil yang gah bermain bola sepak... dia memeluk ku dengan penuh erat yang sukar untuk aku gambar kan... sesekali mata nya melirik ke arah ku... aku masih dapat merasakan kehangatan bibir nya yang singgah ke pipi ku ketika itu... sungguh aku rasakan bahagia hidup ini disamping nya... hati ku jadi luruh di tiup angin cinta yang mendalam tatkala dia mengucapkan kata azimat cinta nya ke telinga ku......
namun, selepas aku ke menara gading, kami di pisahkan dengan seluas hamparan bumi tuhan... aku bersyukur, aku masih mampu untuk pulang di setiap hujung minggu, aku masih punyai peluang untuk melepaskan rindu...
oh ibu ku... akan aku menyintaimu setiap waktu... bagi ku, teman hidup mampu ditukar ganti, namun tiada siapa dan apa yang akan dapat menggantikan ibu ku walau segunung emas menjadi taruhan...

-anakanda maseri binti yusof-


new tshirt desing lagi!! hahah


ni belah depan

ni belah belakang

okey, ni design yang ke 5 kot. so lepas ni kalau korang nak buat pilihan. korang mention tshirt tu design yang ke berape ek.
thanx..

okey yang lain nye design saye dah delete memandangkan memang sangat merepek design tu.
so this is the design yang baru saye came up with.
idea taken from az jugak.
thanx az sayang

xoxo,
love
aynKachak






KAC MEETING

Kepada semua Hampagas, sila ambil perhatian.
Malam Isnin bersamaan 8.02.2010 akan diadakan pembubaran AJK lama dan perlantikan AJK baru.
jadi kehadiran anda tersangat2 lah dihargai.
memandangkan ni masa-masa terakhir kita untuk sama-sama.
so gunekan lah masa yang ada ni sebaik mungkin.
please datang kerana vote dari setiap seorang dari korang sangat lah dihargai.
mari kite meramaikan malam perlantikan nanti.
sekali lagi!
SEMUA DIMINTA LAH HADIR..
kali ni kita sama-sama vote k.
akhir kata:
debitTRUSTcreditDOUBT
balanceFRIENDSHIP
XOXO
love,
aynKachak


a quote from one of a guy!
Friday, February 5, 2010

orang selalu kata,

Patah Tumbuh Hilang Berganti.


tapi ada sesetengah perkara yang,

Patah tidak bisa tumbuh, dan Hilang tak bisa diganti.


sama lah macam persahabatan kita

yang insyaAllah kekal selama-lamanya..


a quote by Aspa


xoxo

love,

aynKachak


FINAL EXAM TIMETABLE

17/2/10 ACP 4013 (2.30-5.30) (DPU)....

19/2/10 ENL4112 (9-12) ( PKK ).....

25/02/10 BAR4102 (9-12) ( PKK )....

27/2/10 ACL4003 (2.30-5.30) ( PKK )....

1/03/10 MUI3102 (9-12) ( PKK )....

3/03/10 MAN4102 (9-12) (DPU)....

3/03/10 JPN4102 (2.30-5.30) (DPU )....

5/03/10 ECO3103 (2.30-5.30) (PKK).....

6/03/10 IBF4103 (2.30-5.30) (PKK).....


Pastikan selalu follow up.
thanx 4 ur support.

debitTRUSTcreditDOUBT balanceFRIENDSHIP,
XOXO,
love
aynKachak



memories to be kept and remembered
Thursday, February 4, 2010





















this is the night when there's tears, laughter and hugs.

mungkin setahun akan datang, mustahil untuk kita berkumpul macam ni lagi.

i keep on thinking, what will all of us be after we graduate?.

adakah persahabatan ini akan kekal?

or it will fade when we live this college?

adakah kite semua akan perolehi persahabatan macam ni kat luar sana nanti?

apa yang saye pasti is, my life changes because of all of you.

and saye yakin it will change back to old dull boring lifestyle when we split up.

memikirkan tentang perpisahan yang akan berlaku antara kite semua nanti, made me feel like crying.

but crying can't stop that perpisahan.

to all of you, saya sayang kamu.

and that is right from my heart,

and sangat berharap bile kite dah graduate, kite still boleh buat reunion.

and as i always said;

debitTrust creditDoubt

balanceFriendship

xoxo,

love

aynKachak



CUBALAH=)

Nak berjaya dalam final??
Mudah je...
Mai sini sy tunjuk formula dia.....

Matlamat BESAR,
Usaha
BESAR.

Matlamat JELAS,
Usaha JELAS...

Matlamat SPESIFIK,
Usaha SPESIFIK..

Apa-apapun yang kita buat kena ada matlamat..
kalau dah ada matlamat, Usaha lah untuk capai matlamat tu..k.
Matlamat dan usaha kena selari...
Saya harap, kawan2 dah ada matlamat yang jelas nak dapat berapa utk sem ni.

"Gantungkanlah Cita-citamu setinggi bintang di langit,
Rendahkanlah hatimu, serendah mutiara di lautan."

*sekurang-kurangnya kalau tak sampai bintangpun, kita dah sampai langit..=)

TINGKATKAN USAHA, TERUSKAN BERDOA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH.

-kHAdiJAh-


My new beginning with dia ♥

Kawan2 DIA... post ini juga berkaitan dgn yg lepas. Lagu by Richard Marx "At the Beginning.."..mengisahkan yg seseorg tk sangke dier akan bersama seseorg yg lain tu..

lagu ni sebenarnya tentang cinta towards couple. but the lyrics CAN ALSO BE MEANT to friendshipp...mcm kite org... baca the lyrics...they are basically simple englishh..its nice. seriously... YOU dalam lagu ni, ditujukan pada rakan2 DIA♥

and i would really want to dedicate to all of you. DIA loves(:

*********************************

We were strangers starting out on a journey
Never dreaming what we'd have to go through
Now here we are and I'm suddenly standing
At the beginning with You..

No one told me I was going to find you
Unexpected what You did to my heart
When I lost hope, You were there to remind me
This is the start..

Life is a road, and I want to keep going
Love is a river I wanna keep flowing
Life is a road, now and forever wonderful journey

I'll be there when the world stops turning
I'll be there when the storm is through
In the end I wanna be standing
At the beginning with You..


We were strangers on a crazy adventure
Never dreaming how our dreams would come true
Now here we stand, unafraid of the future
At the beginning with You

Life is a road and I want to keep going
Love is a river I wanna keep flowing
Life is a road, now and forever wonderful journey

I'll be there when the world stops turning
I'll be there when the storm is through
In the end I wanna be standing
At the beginning with You..

I knew there was somebody somewhere
Like me alone in the dark..
Now I know my dream will live on
I've been waiting so long, and
Nothing's gonna tear us apart..

***************************

and this is what im thinking, too, pasal korang. sebab i've been ignorance towards SUME budak accounts sblm niee....and baru sem nie saye kenal sume orang. and I want to start this new beginning with you guys.♥ setahun je lagi korggg...no matter when we start our friendshipp, but there'll be no ending for it, kay.


signing out,
♥ AtiqahAbdMalik ♥


you all are the things I NEVER KNEW I NEEDED

For the way you all change my plans,
For being the perfect distraction,
For the way you all took the idea that I have,
Of everything that I wanted to have,
And made me see there was something missing.

For the ending of my first begin,
And for the rare and unexpected friend,
For the way you all something that I never choose,
But at the same time something I don’t wanna lose,
And never wanna be without ever again,


You all the best thing I never knew I needed,
So when you all were here I had no idea,
You all the best thing I never knew I needed,
So now it’s so clear I need you all here always,

My accidental happily ever after,
The way you all slime how you all comfort me with your laughter,
I must admit you all not part of my book,
But now if you all open it up and take a look,
You all the beginning and the end of every chapter,

You all the best thing I never knew I needed,
So when you all were here I had no idea,
You all the best thing I never knew I needed,
So now it’s so clear I need you all here always,

Who’d knew that I’d be here,
So unexpectedly,
Undeniably happier,
Sat with you all right here, right here next to me,
You all the…

You all the best thing I never knew I needed,
So when you all were here I had no idea,
You all the best thing I never knew I needed,
So now it’s so clear I need you all here always,


this is the song just for all of you. actually lagu ini telah di ubah sikit sebanyak.
the real song is by ne-yo-never knew i needed.
lagu ni adelah ape yang aku rase pasal korang sume.
anyway seperti biase. jangan lupe ini okey:



debitTrust creditDoubt
balanceFriendship
xoxo,
love,
aynKachak


Jadual Final Exam
Wednesday, February 3, 2010

17 FEB (WED)
2.30pm~5.30pm = Partnership Accounting (ACP 4103)

18 FEB (THURS)
2.30pm~5.30pm = Company Law (ACL 4003)

19 FEB (FRI)
9.00am~12.00noon = Mainstream English II (ENL 4112)

1 MARCH (MON)
9.00am~12.00noon = Fiqh Islami II (MUI 3102)
2.30pm~5.30pm = Financial Management (IBF 4103)

2 MARCH (TUES)
9.00am~12.00noon = Arabic Language IV (BAR 4102)

3 MARCH (WED)
9.00am~12.00noon = Mandarin II (MAN 4102)
2.30pm~5.30pm = Japanese II (JPN 4102)

5 MARCH (FRI)
2.30pm~5.30pm = Macroeconomics (ECO 3103)
but this is only the second draft. any changes will be updated.
xoxo,
love,
-aynKachak-


last tutorial with our MAJISTRET

missSurianom

3 Abdul

silentPengarah


funnyAbgLong

kasonovaNobita

adikS'pore

blurFunny

gossipNo.1

silentCraziness

hevockCraziness

cleverOutspoken(owh ya! new MPM)

silentlyHondaUsers

sweetSabah(bah..)

slowSteady

whitePretty

azComey(katanya.. haha)
kecikMolek
hotStuff

sweetHugable
sweetSilence
HAMPAGAS

HAMPAGAS2

mana kitorang leh tinggal hahaahahah.



okey, this is the last tutorial with Majistret tersayang!!!!!
sem depan, she will no longer going to teach us. how sad=(
going to miss her so so so much.
and ya! remember this
debitTrust creditDoubt
balanceFriendship
xoxo
love,
aynKachak



tentang tagboard di blog ini...

Okay Kawan2 DIA yang ku sayangi tanpa henti (cheyyy...)

ni saye nak reply psl ape yg dituliskan kt tagboard...bagi siape yg tag kt tagboard tu, we really hope korang tak be secretive of your identity lah k? this is OUR blog. so, tk yah lah nk gune nickname yang susah saye nk kenali siape..

bagi dak skema, yang sedang menyukai seseorg tu, saye cadangkan ape kate awak berterus terang je..pastu yang selebeynye, awak serah pader tuhan, dan go with the flow. =)

pade tiada nama, yg saye da tau pun siape awak. hmm.. nk tulis dlm blog nie, pegi lah ke www.blogger.com... emailnye, dan passwerdnye sile lah mintak PERSONALLY dari saye, atau Ayn.

same jugak pade yg lain. tapi sekiranya ade post yg tk spatotnye ade di dalam blog ini, dgn segale hormatnye, post itu akan dicampak jauh2.

**********************************************

kelas makin takde..i just hope you all are doing fine without seeing each other dalam kelas atau kuliah. sesungguhnye hidupku teramatlah boring tanpa pergi ke kelas dan bergelak tawa dgn korang sumer...

exams lebey kurang sminggu lagi, ku ucapkan Bittaufiq Wannajah =)


"waktu berlalu seperti berlari..
diantara waktu itu ada cerita antara kita
saat tertawa, saat berduka..
walaupun ianya semakin berlalu pergi..
ingatlah ia kekal abadi.."

Signing out,
Atiqah AbdMalik
@ anabint mesytaqqah


Teristimewa buat Sahabatku
Tuesday, February 2, 2010

(adaptasi dari novel Tautan Hati)

Sahabatku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Sahabatku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah iman lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
'tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita'. Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
Ingatlah sahabatku sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan suatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
'Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik...'
Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga....
-ska-


Profile
the hampagas


DIA/4
♥ 12TH MAY 2008 ♥


KAMI BUDAK DIPLOMA PERKAUNAN SEMESTER 4 08/09

TheHampagas♥ kini mula ber-blog untuk semua DIA meluahkan segala rasa..baik tentang pelajaran, keluarga, cinta dan paling penting, PERSAHABATAN ♥

PLEASE KEEP ON FOLLOW NI BLOG UTK PERKEMBANGAN TERKINI DIA.
MAKE IT ACTIVE AS ACTIVE AS POSSIBLE KAY ~~


SingAlongg
Lagu2 Khas ditujukan utk DIA/4 Loves


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

..AS WE GO ON...WE REMEMBER...

Enjoysss,
DIA4 ♥♥

Tagboard
scream out loud




THANKYOU
by theHAMPAGAS's

Mrs President - AynKACHAK
Mrs Vice President - AtiqahAbdMalik
The Secretary a.k.a Chairman - Hunny.

OurBiggerFamily

Kuis Accountancay Club's blog

Archives
gone with the wind

January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010

Credits
thousand thankyou

editor1= Hazirah
editor2= Azriah
editor3= Aisyah
editor4= Adilla
editor5= Khadijah