Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak katakan pada diri awak, "eee…penuhnya…tak ada tempat duduk". Jadi awak katakan pada diri awak, "saya akan tunggu bas yang lain". Awak pun biarkan bas itu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain.
Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak cakap, "eee…bas ni buruk sangatlah…mesti tak selesa…dan mungkin bas ini akan rosak di tengah jalan". Jadi awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk menunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tidak penuh dan tidak seburuk bas yang tadi. Tapi kali ini awak kata, "ermm…tak ada air-cond la pulak…cuaca pun panas…lebih baik saya tunggu bas yang lain". Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak rupa-rupanya sudah terlambat. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu. Walaupun bas itu tidaklah sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa awak telah menaiki bas yang salah.
Jadi, selama ini awak telah pun membazir banyak wang dan masa untuk menunggu apa yang awak mahukan. Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tidak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tidak terlalu sejuk untuk awak.
Jadi, menginginkan apa yang awak idamkan itu tidak salah. Tapi tidak salah juga kalau awak sanggup memberi satu peluang pada orang lainkan? Sekiranya awak dapati bas itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanyalah tekan loceng dan turun daripada bas itu.
Saya pasti awak tentu ada pengalaman seperti ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas itu adalah bas yang awak nanti-nantikan), awak tahan bas itu, tapi pemandu bas itu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak. Sekiranya ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN. Awak tidak perlu mengejar bas itu sebab setiap kali awak mengejar bas itu, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, BERCINTA itu ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas itu ataupun tidak. Semuanya terletak pada diri awak sendiri. Dan bila awak BERJALAN, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada CINTA…=)


